Monday, May 15, 2017

Leader




" Ketahuilah bahawa tanggungjawab seoarang lelaki sangat besar kerana dia harus membimbing keluaraganya sentiasa diarah jalan yang benar. Jika kamu menjadi seoarang bapa nanti kamu akan mengerti."



Kata - kata ini pernah diungkapkan masa zaman sekolah. Ia dituju khas buat pelajar lelaki tetapi aku sekadar mendengar sebab aku bukan lelaki yang perlu fahami setiap bait yang disampaikan. Hahaha okay gurau. 

Disaat umurku meningkat aku sedar apa yang disampaikan oleh cikgu aku itu benar, Terkadang kita tidak sedar yang tanggungjawab seorang bapa itu  besar. Aku akui lelaki sememangnya ego. Mereka tidak mahu kelihatan lemah dihadapan orang. Begitu juga , seorang bapa tidak mahu keluarganya melihat penderitaannya dalam membimbing dan  mencari nafkah. Baginya , biarlah dia merasai pahit tersebut kerana kemanisan dalam kehidupannya apabila melihat keluarganya bersyukur dan bahagia atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.




Terima kasih En Dzulkarnain Bin Harun atas segalanya. Semuanya hanya dapat diungkap dengan ucapan " Terima Kasih ". Dari bangku sekolah dialah yang telah banyak membuatkan aku dan adik-adik aku suka kan nombor, Hahahaha walaupun perit tapi ia membuahkan hasil sehingga sekarang. Takkan ku lupa cara didikanmu itu. 

Dia jugalah tempat untuk aku berkongsi pendapat dari segi aspek. Senang cerita macam aplikasi GOOGLE yang bergerak. Begitu juga ibuku. Terima Kasih atas segala didikan yang telah diberikan.

Dan mak pun pernah pesan, kalau nak cari jodoh. Carilah seperti ayah yang sentiasa jujur dalam segala tindakannya. huhuuhuhu 😁😁😁



SELAMAT HARI LAHIR AYAH ! 
MOGA PANJANG UMUR DAN SENTIASA DILIMPAHKAN REZEKI 🙌🙌🙌

Tulus ikhlas daripada anakandamu yang akan pulang ke rumah beberapa bulan lagi hehehhe 😁

 

Thursday, May 4, 2017

Backbone


" Birthday mak kau bila ? "
" Oh, birthday dia incoming ni , 4/5/2017. "



Sejujurnya aku hampir terlupa mungkin kerana terlalu banyak menelaah haha  😆  Okay tipu. Tapi tak sengaja. Maaf  hehehe 🙏



NOOR HIZAN BT AMBUAR nama diberi. Berkahwin dengan DZULKARNAIN BIN HARUN. Dikurniakan 3 orang cahaya mata. Seorang puteri dan 2 orang putera. Cukup lah muqadimmahnya hahaha

Sejujurnya , dia merupakan tulang belakang yang paling kuat menyokong dan membimbing segala yang aku lakukan. Boleh kata semua benda aku cerita padanya. Bagi aku hanya ibu  boleh memahami kehendak anaknya. Dia lah tempat aku merujuk segala persoalan yang bermain dalam mindaku. Dari politik hingga ke kehidupan realiti. Dia lah juga tempat aku menjatuhkan air mata disaat aku gagal. Dia juga lah tempat aku mencari semangat untuk mengahrungi hidup yang berliku.Setiap bait-bait katanya sentiasa bermain dalam fikiranku. Usahanya untuk memastikan anak-anaknya selesa dan kuat dalam kehidupan relaiti juga amat dihargai.  

Belajar di perantauan , mengajar aku untuk sentiasa mengahrgai ibubapa yang masih boleh dan mampu membantu anak-anaknya. Kegagalan juga memberi 1001 pengajaran dalam hidupku. Ya , aku pernah gagal dek kerana terleka dengan nikmat keduniaan hehehe  tetapi ibubapaku datang bimbingku kembali untuk sentaiasa redha atas apa yang terjadi. Bersangka baik atas apa yang terjadi padaku disaat itu. Jujur aku katakan, disaat aku ingin bangun aku terlampau lemah. Aku akui keadaan sekelilingku hampir membuatkan aku putus asa untuk terus belajar. Terkadang terfikir untuk mati buat selamanya dek kerana merasakan diri ini membebankan semua orang. Tapi nasihat-nasihatnya dan doanya buatkan aku teruskan semangat belajar. Syukur , mindset aku berubah sepenuhnya setelah aku pulang dari beraya haji di Kuala Lumpur. 

Suntikan semangat yang positifnya membuatkan aku terus bangun dan teruskan perjalanan yang begitu pahit untuk dikenang serta tidak lupakan juga keluarga besarku yang banyak berkongsi pengalaman mereka.

Dari Kiri : Nazirah , Noor Hizan , Noor Zareena



Jadi kesempatan ini saya NUR ALIYAH BT DZULKARNAIN ingin mengucapkan :
 
" SELAMAT HARI LAHIR MAK ! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana telah banyak membantu anakandamu ini. "
 

Thursday, March 16, 2017

Read



Hai  ✋  Since sudah masuk belajar , memang busy sangat. Biasalah lumrah student busy dengan projek , assigment dan test. Ini lah dikatakan lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar.

Sebenarnya , masa cuti lepas aku ada jenguk koleksi buku yang ada di rumah tu. Walaupun hakikatnya busy hari-hari tapi siapa kesah dah minat tu datang hahahhahaha 😂😂

Banyak jugak sebenarnya tapi adatlah pasti ada buku yang  paling kita suka baca.





** Kopi , Snickers , Peta MRT , Picture and etc , itu semua thread for myself after 6 months struggle di Johor Bharu **

Well buku ini semua membuka minda aku yang makin hari makin tersepit hehehe 😀😀😀

Kalau ada yang musykil aku mula membaca dari umur berapa hmm rasanya ketika berumur 8 tahun.

Biasanya genre yang akan aku pilih adalah secara random ikut mood ketika itu. Persoalan yang selalu aku dapat :-
Tak pening ke baca buku dalam kereta ?"
" Kenapa still beli buku kalau kita boleh baca melalui E-book "
" Berbaloi ke kau menghabiskan duit kau untuk buku ? baik guna untuk makan "
" Memang suka membaca dalam train atau kau mengada sahaja nak bagi tahu dunia yang kononnya kau support #AmalanMembacaDimanaJua "

Hahahahahaha 😂😂 Itulah lumrah manusia sentiasa bertanyamahupun logik atau tidak. Mahupun perli aatu jujur. Itulah sikap manusia. Sejujurnya amalan ini sudah diterapkan sejak aku kecil dan aku memang aku membaca dimana jua aku berada. Lihat kepada mood kalau mood memang berkobar nak membaca , apa yang jadi di sekeliling pun aku tak sedar 😆😆.

Bagi aku tak salah pun  kalau kita menerapkan amalan membaca sebab ia akan menajamkan lagi buah fikiran kau ✌


Friday, August 19, 2016

Random




Haaaaaai ! Sebenarnya minggu ini memang dipenuhi dengan life consultations yang mana aku rasa quite interesting ! Seriously :O  hahaha Dan kenapa aku ambil keputusan untuk kongsikan disini sebab bila aku kongsikan mostly give some feedback yang macam ni:

"Study dulu, habis belajar kau fikirla hahahaha xD "
" You know what this is sucks ! ==' "
"Kenapa kau tiba-tiba buka topic ni ?"
"Kau 20 just enjoy je la dulu. Forget bout this ! Dah kerja baru fikir"

Tapi ada saja yang yang interested untuk dengar. Yang itu memang aku appreciate. Thanks for that.

Sebenarnya , parents aku tegur aku since aku sudah mencecah umur 20 , dia nak aku get into serious relationship sebelum aku grad. Bukanlah satu benda yang harus difokuskan sangat but sambil belajar sambil mencari. Hmmmm mula-mula aku rasa janggal sebab aku sendiri tak bersedia tapi since parents aku bagi some examples yang aku tak patut cerita. Aku sedar yang umur 20 bukanlah range muda lagi.

Aku ceritakan pada parents aku yang thought aku bila aku dalam relationship. Dimana aku akan put trust on him. Aku takkan pernah jealous dengan siapa dia akan berkawan walaupun perempuan sebab aku faham tapi mereka bangkang sebab sebagai seorang perempuan aku patut ambil kisah dengan dia berkawan and sejauh mana dan patut menjadi lebih keperempuanan yang at least once in a week tanya buat apa ? dengan siapa ? pergi mana ?. Walaupun nampak macam soalan bodoh errrrghhhh tapi kena jugak. Sebaba lelaki suka bila kita buat macam tu nampak macam kita ni caring. Jangan sesekali berlagak pandai depan mereka sebab lelaki akan rasa tercabar dan they will easily find someone. Be smart in relationship.

Pada mulanya , aku memang tak boleh nak hadam semua benda ini tapi bila fikirkan balik hmmm betul jugak. Hohohoho parents aku siap kata Just find someone yang kuat agama dan tak panas baran. hahahaha sounds like easy tapi seriously senang ke nak cari jodoh ? hhahahhahahaha XD ohh pasal life hmm aku bukan tak nak share aku rasa macam tak sesuai sebab terlalu open dan thought aku tak seperti yang orang lain sangka. Itu biar aku simpan sorang sebab aku dah biasa kena bash just because of thought aku yang terlalu open. Sorry , aku tak dapat share pasal life , aku share pasal relationship je tu hahahahha :D


Adios !



Tuesday, August 9, 2016

New

Heeey  YO !


hohohooho cuti punya lama ini sahaja yang aku update hahahaha *laugh macam setan*


By the way 4 tahun aku di UTM, ada juga rakan seperjuangan kehkehekeh Untuk kali ni aku agak wordless kehkehkehekeh


Bersama budak aras yang masuk air 


Coursemates

Friday, June 24, 2016

Complicated




 Salam guys, well lama jugak la aku tidak menjenguk ke sini hmm because kind of busy lately.

Well HELLO , DEKAT SETAHUN SEBENARNYA KAU TAK MENAIP BUKAN LATELY -_____-

Okay. Okay pembetulan hmm yearly maybe. hmm suka hati aku ja bantai hahahaha by the way ini gambar raya tahun lepas maaflah raya tahun ni belum  lagi hahahaha :D 

Mesti semua tertanya-tanya walaupun padahal semua tak tanya tapi aku nak cerita jugak.HAHAHA

GELOJOH MEMANG MACAM NI -______-
Okay okay. Sekarang ini aku melanjutkan pelajaran aku di UTM Skudai , course Industrial Engineering. To those yang akan jadi junior. SELAMAT DATANG. Aku tak nak cerita banyak tapi kalau ada yang sedang google pasal course ini aku nak beritahu yang kau akan faham bila kau masuk nanti, So , aku tak nak cerita banyak. Dan UTM ini biasanya kalau apa-apa subjek mekanikal. Tahun pertama dan kedua subjek semua akan sama. yang membezakan adalah semasa korang masuk tahun 3. Itu korang mula ke course masing-masing. Kalau korang Offshore hmm 2nd year dah mula berlainan dengan yang lain. Tak delah lain mana sikit je, Tapi apa yang aku nak beritahu, masa 1st year inilah korang banyak projek hahahaha projek apa ? hahahhahaha masuk dulu nanti korang tahu lah kahkahkahkah. 

After aku sekian lama bermastautin kini aku pulang ke rumah hahahaha seksa la jugak berda di Johor, Ye laa , belajar mana ada senang tapi kalau kau nak berjaya kenalah usaha. Hahahahaha hmm nak kata homesick tu hmmm rasanya tidak sama sekali kahkahkahkah.

Well zaman belajar inilah masanya untuk kau merantau. Independent. Kau dah besar kenalah belajar living by your own dude.

Cakap pasal independent. Aku rasa nak sharelah pasal tips travelling, Well so far adalah certain tempat yang aku dah pergi backpacker.

hmm kenangan setahun di UTM ? banyak. hahaha kalau nak tanya pasal kelas hmm kelas aku ada 36 orang dan hanya 6 orang SAHAJA perempuan. hahahaha 

Best lah hangpa 6 orang ja perempuan. hahaha Jadi ratulah hangpa. kahkahkahkah

hmm so far ni. Alhamdulillah.hmm pasal ratu tu aku rasa lebih kepada ratu report kahkahkahkah actually everybody play on their on row so  better buat report. Dan format depends on your lecturer dude. Kalau dapat yang teliti memang macam thesis la report kau. HAHAHAHA

Tapi itulah lumrah belajar :D

Jangan putus asa. Truskan perjuangan. Kentalkan jiwa.

#NoteToMyself



Thursday, June 25, 2015

Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

weh

weh

weh

LAMA GILA AKU TAK UPDATE ! WARGHHHHHHHHHHHHH 

Hari ni aku nak beritahu yang aku dah dekat 2 bulan menganggur. Menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran. Kali ini aku akan terus sambung ke peringkat Degree. WOW ! Terasa pulak diri ini terlebih tua. harharhar TAHUN DEPAN ANGKA 2 DIHADAPAN. Sesungguhnya manusia akan tua kerana masa tetap berjalan. huhuhuhu Kalau tanya pengalaman selama aku senyap dan tidak update sebarang cerita disini hurrmmmm RASANYA TERSANGATLAH BANYAK!

* over excited ! *

Well biasalah bila kita berada ditempat baru , kita ada kawan baru , suasana baru dan kesemuannya baru. Sampai sempat buat Production sendiri hahahhahaha Nak tahu nama ? hohohohoho ONESHOT PRODUCTION Siap always lagi masuk competition harharhar Nak jadikan cerita satu bilik aku dulu hanya 4 orang tapi disebabkan perangai terlebih peramah. Bilik sebelah dengan bilik aku kira kamceng gila. Sampai kalau nak makan mesti kumpul bilik aku . So dalam satu bilik muat sampai 10 orang. hahahh Riuh dia tak payah tanya. Sebab satu wing boleh dengar. Harharhar Itu baru cerita bilik.


Kalau kelas pula, aku kira modul 2 dalam erti lain modul kejuteraan. Modul yang tak perlu belajar Biology. Kelas aku kalau ikutkan paling sikit hanya 15 orang. Dan perempuan paling balance ada 6 orang. hahaha Biasalah kami datang dari pelbagai latar belakang dan mempuanyai 1001 kerenah. Pada awal semester 1 untuk lelaki dan perempuan bekerjasama dalam  satu kumpulan TERAMATLAH SUSAH ! Tapi apabila tiba semester 2 kami ibarat sebuah keluarga. Walau sepahit mana yang kami alami kami tetap satu kelas, Dan kami cuba perbetulkan keadaan. Kisah 6 orang perempuan dalam kelas tersebut pula, semestinya tiada rahsia antara kami. Walau bagaimana pun kalau  nak ushaa mana-mana laki pun sama-sama. Harharhar Gosip kolej hari-hari aku update huhuhuhu Terlampau banyak kenangan. Kalau aku list specific CONFIRM jadi satu buku ! Harharhar

Sebelum aku terlupa. Sebenarnya aku ada schoolmate yang belajar sekali di kolej aku.Cuma modul yang berbeza. Mereka ambil modul hayat. Hanya aku yang ambil modul kejuteraan. Dan kelas semua berbeza tapi tak semestinya tak sempat untuk berjumpa. Kami masih seperti dulu, Rapat seperti dulu. Huhuhuhu 

Pada aku,

Jika dia merupakan seorang sahabat aku. Jangan bimbang kerna aku tidak pernah akan melupakan dia kerana dia juga pernah menolong aku.


Well ini sedikit sebanyak kenangan semasa setahun di kolej