" Birthday mak kau bila ? "
" Oh, birthday dia incoming ni , 4/5/2017. "
Sejujurnya aku hampir terlupa mungkin kerana terlalu banyak menelaah haha 😆 Okay tipu. Tapi tak sengaja. Maaf hehehe 🙏
NOOR HIZAN BT AMBUAR nama diberi. Berkahwin dengan DZULKARNAIN BIN HARUN. Dikurniakan 3 orang cahaya mata. Seorang puteri dan 2 orang putera. Cukup lah muqadimmahnya hahaha
Sejujurnya , dia merupakan tulang belakang yang paling kuat menyokong dan membimbing segala yang aku lakukan. Boleh kata semua benda aku cerita padanya. Bagi aku hanya ibu boleh memahami kehendak anaknya. Dia lah tempat aku merujuk segala persoalan yang bermain dalam mindaku. Dari politik hingga ke kehidupan realiti. Dia lah juga tempat aku menjatuhkan air mata disaat aku gagal. Dia juga lah tempat aku mencari semangat untuk mengahrungi hidup yang berliku.Setiap bait-bait katanya sentiasa bermain dalam fikiranku. Usahanya untuk memastikan anak-anaknya selesa dan kuat dalam kehidupan relaiti juga amat dihargai.
Belajar di perantauan , mengajar aku untuk sentiasa mengahrgai ibubapa yang masih boleh dan mampu membantu anak-anaknya. Kegagalan juga memberi 1001 pengajaran dalam hidupku. Ya , aku pernah gagal dek kerana terleka dengan nikmat keduniaan hehehe tetapi ibubapaku datang bimbingku kembali untuk sentaiasa redha atas apa yang terjadi. Bersangka baik atas apa yang terjadi padaku disaat itu. Jujur aku katakan, disaat aku ingin bangun aku terlampau lemah. Aku akui keadaan sekelilingku hampir membuatkan aku putus asa untuk terus belajar. Terkadang terfikir untuk mati buat selamanya dek kerana merasakan diri ini membebankan semua orang. Tapi nasihat-nasihatnya dan doanya buatkan aku teruskan semangat belajar. Syukur , mindset aku berubah sepenuhnya setelah aku pulang dari beraya haji di Kuala Lumpur.
Suntikan semangat yang positifnya membuatkan aku terus bangun dan teruskan perjalanan yang begitu pahit untuk dikenang serta tidak lupakan juga keluarga besarku yang banyak berkongsi pengalaman mereka.
Dari Kiri : Nazirah , Noor Hizan , Noor Zareena |
Jadi kesempatan ini saya NUR ALIYAH BT DZULKARNAIN ingin mengucapkan :
" SELAMAT HARI LAHIR MAK ! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana telah banyak membantu anakandamu ini. "
No comments:
Post a Comment
Leave your comment after read my story ...
Jasa mu amat dihargai...
trimas !