Friday, December 21, 2012

Review : Cekik * Sudah BACA *



Assalamualaikum & salam satu Malaysia ! Baru - baru mak cik aku telah membuat tempahan 6-Packs .. Dan bungkusan itu telah lama sampai .. Kalau ada yang mengikuti perkembangan aku .. Entri sebelum ini aku telah menyatakan AKU BELUM BELI BUKU CEKIK .. dan AKU INGINKANNYA ! dan kini aku telah BACA !!

Bagilah aku minum dulu ~

okay , back to our story ..



Bagi aku Cekik adalah satu buku yang menarik ! dan penulisnya , Ridhwan Saidi telah membuatkan aku tertarik untuk membacanya dan membuatkan pembaca seperti aku merasai apa itu kota , mi maggi , McDonald's , khutbah , tudung , nafsu dan juga liwat ..


Mungkin bagi sesetengah pembaca akan mengatakan :-

" Merasai apa itu nafsu ? liwat ? Buku jenis apa yang budak ini baca ? "
PLEASE THINK POSITIVE !! 

Buku ini juga mampu menyedarkan kita apa yang sebenarnya berlaku di sekeliling kita kerana cerita ini semua berdasarkan apa yang berlaku di dalam dunia ini ... Liwat bukanlah satu isu yang PERTAMA KALI kita dengar tetapi sudah BANYAK KALI ..

Aku ingin kongsikan sebahagian daripada cerita buku Cekik ini ..

Ia membuatkan aku berasa tergamam dan kagum dengan penulis ini ..

Impress dengan penulisan Ridhwan Saidi !!


" Menarik di era globalisasi ini , melalui agama konsumerasi, ruang mihrab ini masih digunakan . Tidak  percaya ? Cuba kamu perhatikan rekabentuk sebuah restoran yang berdiri sendiri seperti McDonald's misalnya . Wujudnya perasaan seperti melawat gereja kecil atausurau melalui lebih skalanya . Dari luar simbol ' m ' seolah - olah menggantikan simbol ' t ' . Menariknya di sini , ruang drive - through McDonald ini juga menyerupai mihrab . Satu ruang kecil terkeluar dari bangunan utama , tempat makanan dan minuman yang dipesan dihulur keluar . "

Tidak boleh tulis banyak - banyak .. Kalau ingin tahu lebih lanjut belilah bukunya .. hehe :"D (sempat lagi promote ! hahaha :"D)

BE POSITIVE :")

Bukanlah aku ingin melarang kamu membeli McDonald's tetapi ini hanyalah informasi yang boleh kita kongsi bersama .. Dan pilihan itu terletak kepada diri kita sendiri .. Kerana kita  telah dikurniakan akal yang digunakan untuk berfikir ..

Apapun aku ingin katakan buku ini memang TERBAIK !!



FIXI MEMANG SENTIASA MENJANJIKAN BUKU - BUKU YANG TERBAIK BUAT PEMINATNYA !! SYABAS FIXI !! KEJAYAAN YANG AMAT BERMAKNA !!

SINOPSIS CEKIK

Tahun 2020, di Bandar. Warith, pemuda berusia 16 tahun, menerima berita pembunuhan bapanya di Kampung melalui telefon. Imbas kembali Warith sewaktu kecil menonton video porno milik bapanya.

Warith kini bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria, yang berusia 32 tahun. Dari jendela apartment mereka, Menara Warisan Merdeka kelihatan agam. Warith pulang ke Kampung dengan Suria. Di kawasan perkuburan, mereka didatangi Detektif Anthony, yang pernah mengenali Suria sewaktu sama-sama gila-gila remaja. Mereka kemudian ke tempat pembunuhan, di mana beberapa rahsia lain akan terbongkar.

CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu mi Maggi, McDonalds, khutbah, tudung dan juga liwat.



#P/S :  KEPADA YANG BERMINAT BELILAH KERANA IA BUKANLAH SATU BENDA YANG MERUGIKAN .. :")  * kalau tanya aku semua buku FIXI BEST !!! hahaha :"D *


No comments:

Post a Comment

Leave your comment after read my story ...
Jasa mu amat dihargai...
trimas !