Monday, May 15, 2017

Leader




" Ketahuilah bahawa tanggungjawab seoarang lelaki sangat besar kerana dia harus membimbing keluaraganya sentiasa diarah jalan yang benar. Jika kamu menjadi seoarang bapa nanti kamu akan mengerti."



Kata - kata ini pernah diungkapkan masa zaman sekolah. Ia dituju khas buat pelajar lelaki tetapi aku sekadar mendengar sebab aku bukan lelaki yang perlu fahami setiap bait yang disampaikan. Hahaha okay gurau. 

Disaat umurku meningkat aku sedar apa yang disampaikan oleh cikgu aku itu benar, Terkadang kita tidak sedar yang tanggungjawab seorang bapa itu  besar. Aku akui lelaki sememangnya ego. Mereka tidak mahu kelihatan lemah dihadapan orang. Begitu juga , seorang bapa tidak mahu keluarganya melihat penderitaannya dalam membimbing dan  mencari nafkah. Baginya , biarlah dia merasai pahit tersebut kerana kemanisan dalam kehidupannya apabila melihat keluarganya bersyukur dan bahagia atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.




Terima kasih En Dzulkarnain Bin Harun atas segalanya. Semuanya hanya dapat diungkap dengan ucapan " Terima Kasih ". Dari bangku sekolah dialah yang telah banyak membuatkan aku dan adik-adik aku suka kan nombor, Hahahaha walaupun perit tapi ia membuahkan hasil sehingga sekarang. Takkan ku lupa cara didikanmu itu. 

Dia jugalah tempat untuk aku berkongsi pendapat dari segi aspek. Senang cerita macam aplikasi GOOGLE yang bergerak. Begitu juga ibuku. Terima Kasih atas segala didikan yang telah diberikan.

Dan mak pun pernah pesan, kalau nak cari jodoh. Carilah seperti ayah yang sentiasa jujur dalam segala tindakannya. huhuuhuhu 😁😁😁



SELAMAT HARI LAHIR AYAH ! 
MOGA PANJANG UMUR DAN SENTIASA DILIMPAHKAN REZEKI 🙌🙌🙌

Tulus ikhlas daripada anakandamu yang akan pulang ke rumah beberapa bulan lagi hehehhe 😁

 

Thursday, May 4, 2017

Backbone


" Birthday mak kau bila ? "
" Oh, birthday dia incoming ni , 4/5/2017. "



Sejujurnya aku hampir terlupa mungkin kerana terlalu banyak menelaah haha  😆  Okay tipu. Tapi tak sengaja. Maaf  hehehe 🙏



NOOR HIZAN BT AMBUAR nama diberi. Berkahwin dengan DZULKARNAIN BIN HARUN. Dikurniakan 3 orang cahaya mata. Seorang puteri dan 2 orang putera. Cukup lah muqadimmahnya hahaha

Sejujurnya , dia merupakan tulang belakang yang paling kuat menyokong dan membimbing segala yang aku lakukan. Boleh kata semua benda aku cerita padanya. Bagi aku hanya ibu  boleh memahami kehendak anaknya. Dia lah tempat aku merujuk segala persoalan yang bermain dalam mindaku. Dari politik hingga ke kehidupan realiti. Dia lah juga tempat aku menjatuhkan air mata disaat aku gagal. Dia juga lah tempat aku mencari semangat untuk mengahrungi hidup yang berliku.Setiap bait-bait katanya sentiasa bermain dalam fikiranku. Usahanya untuk memastikan anak-anaknya selesa dan kuat dalam kehidupan relaiti juga amat dihargai.  

Belajar di perantauan , mengajar aku untuk sentiasa mengahrgai ibubapa yang masih boleh dan mampu membantu anak-anaknya. Kegagalan juga memberi 1001 pengajaran dalam hidupku. Ya , aku pernah gagal dek kerana terleka dengan nikmat keduniaan hehehe  tetapi ibubapaku datang bimbingku kembali untuk sentaiasa redha atas apa yang terjadi. Bersangka baik atas apa yang terjadi padaku disaat itu. Jujur aku katakan, disaat aku ingin bangun aku terlampau lemah. Aku akui keadaan sekelilingku hampir membuatkan aku putus asa untuk terus belajar. Terkadang terfikir untuk mati buat selamanya dek kerana merasakan diri ini membebankan semua orang. Tapi nasihat-nasihatnya dan doanya buatkan aku teruskan semangat belajar. Syukur , mindset aku berubah sepenuhnya setelah aku pulang dari beraya haji di Kuala Lumpur. 

Suntikan semangat yang positifnya membuatkan aku terus bangun dan teruskan perjalanan yang begitu pahit untuk dikenang serta tidak lupakan juga keluarga besarku yang banyak berkongsi pengalaman mereka.

Dari Kiri : Nazirah , Noor Hizan , Noor Zareena



Jadi kesempatan ini saya NUR ALIYAH BT DZULKARNAIN ingin mengucapkan :
 
" SELAMAT HARI LAHIR MAK ! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana telah banyak membantu anakandamu ini. "
 

Thursday, March 16, 2017

Read



Hai  ✋  Since sudah masuk belajar , memang busy sangat. Biasalah lumrah student busy dengan projek , assigment dan test. Ini lah dikatakan lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar.

Sebenarnya , masa cuti lepas aku ada jenguk koleksi buku yang ada di rumah tu. Walaupun hakikatnya busy hari-hari tapi siapa kesah dah minat tu datang hahahhahaha 😂😂

Banyak jugak sebenarnya tapi adatlah pasti ada buku yang  paling kita suka baca.





** Kopi , Snickers , Peta MRT , Picture and etc , itu semua thread for myself after 6 months struggle di Johor Bharu **

Well buku ini semua membuka minda aku yang makin hari makin tersepit hehehe 😀😀😀

Kalau ada yang musykil aku mula membaca dari umur berapa hmm rasanya ketika berumur 8 tahun.

Biasanya genre yang akan aku pilih adalah secara random ikut mood ketika itu. Persoalan yang selalu aku dapat :-
Tak pening ke baca buku dalam kereta ?"
" Kenapa still beli buku kalau kita boleh baca melalui E-book "
" Berbaloi ke kau menghabiskan duit kau untuk buku ? baik guna untuk makan "
" Memang suka membaca dalam train atau kau mengada sahaja nak bagi tahu dunia yang kononnya kau support #AmalanMembacaDimanaJua "

Hahahahahaha 😂😂 Itulah lumrah manusia sentiasa bertanyamahupun logik atau tidak. Mahupun perli aatu jujur. Itulah sikap manusia. Sejujurnya amalan ini sudah diterapkan sejak aku kecil dan aku memang aku membaca dimana jua aku berada. Lihat kepada mood kalau mood memang berkobar nak membaca , apa yang jadi di sekeliling pun aku tak sedar 😆😆.

Bagi aku tak salah pun  kalau kita menerapkan amalan membaca sebab ia akan menajamkan lagi buah fikiran kau ✌