Monday, May 15, 2017

Leader




" Ketahuilah bahawa tanggungjawab seoarang lelaki sangat besar kerana dia harus membimbing keluaraganya sentiasa diarah jalan yang benar. Jika kamu menjadi seoarang bapa nanti kamu akan mengerti."



Kata - kata ini pernah diungkapkan masa zaman sekolah. Ia dituju khas buat pelajar lelaki tetapi aku sekadar mendengar sebab aku bukan lelaki yang perlu fahami setiap bait yang disampaikan. Hahaha okay gurau. 

Disaat umurku meningkat aku sedar apa yang disampaikan oleh cikgu aku itu benar, Terkadang kita tidak sedar yang tanggungjawab seorang bapa itu  besar. Aku akui lelaki sememangnya ego. Mereka tidak mahu kelihatan lemah dihadapan orang. Begitu juga , seorang bapa tidak mahu keluarganya melihat penderitaannya dalam membimbing dan  mencari nafkah. Baginya , biarlah dia merasai pahit tersebut kerana kemanisan dalam kehidupannya apabila melihat keluarganya bersyukur dan bahagia atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.




Terima kasih En Dzulkarnain Bin Harun atas segalanya. Semuanya hanya dapat diungkap dengan ucapan " Terima Kasih ". Dari bangku sekolah dialah yang telah banyak membuatkan aku dan adik-adik aku suka kan nombor, Hahahaha walaupun perit tapi ia membuahkan hasil sehingga sekarang. Takkan ku lupa cara didikanmu itu. 

Dia jugalah tempat untuk aku berkongsi pendapat dari segi aspek. Senang cerita macam aplikasi GOOGLE yang bergerak. Begitu juga ibuku. Terima Kasih atas segala didikan yang telah diberikan.

Dan mak pun pernah pesan, kalau nak cari jodoh. Carilah seperti ayah yang sentiasa jujur dalam segala tindakannya. huhuuhuhu 😁😁😁



SELAMAT HARI LAHIR AYAH ! 
MOGA PANJANG UMUR DAN SENTIASA DILIMPAHKAN REZEKI 🙌🙌🙌

Tulus ikhlas daripada anakandamu yang akan pulang ke rumah beberapa bulan lagi hehehhe 😁

 

No comments:

Post a Comment

Leave your comment after read my story ...
Jasa mu amat dihargai...
trimas !