Monday, March 26, 2012

CINTA KERANA ALLAH SWT



Assalamualaikum dan Salam perpaduan ..
Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT.Keutamaan Cinta Kepada Orang Beriman

Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Demi Allah, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai. Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.” (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata :

“Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.”

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”(HR. Al-Hakim).
Manifestasi Cinta kerana Allah

  1. Disunahkan orang yang mencintai saudaranya kerana Allah untuk memberitahukan cintanya kepada orang yang dicintainya. Abu Dawud dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”
  2. Disunahkan mendoakan saudara yang dicintainya ketika tidak bersamanya. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :“Barang siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang semisalnya.” (HR. Muslim).
  3. Disunahkan meminta doa dari saudaranya. Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan bahawa Umar bin Khatab berkata: Aku meminta izin kepada Nabi SAW untuk umrah, kemudian beliau memberikan izin kepadaku dan bersabda : “Wahai saudaraku, engkau jangan melupakan kami dalam doamu.”
  4. Disunahkan mengunjungi orang yang dicintai, duduk bersamanya, saling menjalin persaudaraan, dan saling memberi kerana Allah, setelah mencintaiNya. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di kota lain. Kemudian Allah memerintahkan Malaikat untuk mengikutinya. Ketika malaikat sampai kepadanya, ia berkata, “Engkau hendak ke mana?” Orang itu berkata, “Aku akan mengunjungi saudaraku di kota ini.” Malaikat berkata, “Apakah ada hartamu yang dikelola olehnya?” Ia berkata, “Tidak ada, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat itu berkata, “Sesunggunya aku adalah utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk mengatakan bahawa Allah sungguh telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu itu kerana Allah.”
  5. Senantiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudaranya dan bersungguh-sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini berdasarkan hadis Mutafaq 'alaih dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda : “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.”
  6. Disunahkan menemui orang yang dicintai dengan menampakkan (menzahirkan) perkara yang disukainya untuk menggembirakannya. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab As-Shagir, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang menemui saudaranya yang muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya di Hari Kiamat.”
  7. Disunahkan seorang muslim menemui saudaranya dengan wajah yang berseri-seri. Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri.” (HR. Muslim).
  8. Disunahkan seorang muslim memberikan hadiah kepada saudaranya, berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda : “Kamu harus saling memberi hadiah, maka kamu akan saling mencintai.” (HR. Bukhari)
  9. Disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadis daripada Aisyah riwayat Bukhari, ia berkata : “Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dan membalasnya.” Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang muslim mengatakan kepada saudaranya, “Jazakallah Khairan”, ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Tirmidzi meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, “Jazakallah Khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik.”
  10. Harus berterima kasih kepada orang yang telah memberikan kebaikan kepadanya. Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan dapat mensyukuri nikmat yang banyak. Barangsiapa yang tidak dapat bersyukur kepada orang, maka ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah sama dengan bersyukur. Dan tidak membicarakan kenikmatan bererti mengingkari nikmat. Berjemaah adalah rahmat, bercerai berai adalah azab.”
  11. Disunahkan membela saudaranya untuk mendapatkan kemanfaatan dari suatu kebaikan atau untuk memberikan kemudahan dari suatu kesulitan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika didatangi peminta-minta (pengemis), maka baginda suka berkata : “Belalah dia, maka kamu akan diberikan pahala. Dan Allah akan memutuskan dengan lisan nabiNya tentang perkara yang ia kehendaki.” (HR. Bukhari)
  12. Wajib memberi kemaafan terhadap saudaranya. Diriwayatkan Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mengajukan permintaan maaf kepada saudaranya dengan suatu alasan tapi ia tidak menerimanya, maka ia akan mendapat kesalahan seperti kesalahan pemungut pajak.”
  13. Wajib menjaga rahsia seorang muslim. Diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang berkata kepada orang lain dengan suatu perkataan kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka pembicaraan itu adalah amanah”.
  14. Wajib memberi nasihat. Imam Muslim telah mentakhrij dari Abu Hurairah ra., ia berkata; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, “Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?” Rasul SAW bersabda, “Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya.”
Khatimah

Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka.” Rasulullah SAW bersabda,“Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih.” Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah yang bermaksud :

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Yunus : 62)
 

AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN





Assalamualaikum dan Salam perpaduan .. Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.
Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.
antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.
PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.
PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :-
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

KESIMPULAN
Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.Harap-harap kamu semua insaf ...




#Dipetik dari Laman Web JAIS..

Sunday, March 25, 2012

Couple


Assalamualaikum dan Salam Perpaduan .. Urmm ... couple .. kita sering dengar perkataan ini .. masih ada lagi yang meragui mengenai hukum couple ini .. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?


Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..

Cuba renungkan ini:

1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)

yg haram tetap haram…

P/s: sudah terang lagi bersuluh. Nak lawan perintah Allah? Berubah sahajalah apa yang kita mampu* 

A

Monday, March 12, 2012

Aku Redha ..










Salam satu Malaysia ! Assalamualaikum .. (for muslims ) Eh lagu baru ? hehe :D mesti korang bosan kan ? ye la.. asyik lagu sama sahaja.. hehe :D aku nak kongsi dengan korang satu cerita.. katakan salah sorang dari kawan  pergi dulu.. apakah perasaan korang ? sedih ? gembira ? setelah bertahun-tahun  korang mengumpul kenangan yang begitu indah ... adakah korang akan melepaskan kenangan itu pergi begitu sahaja ? setelah susah senang , gelak tawa korang kongsi bersama. .. korang ingin lepaskan begitu sahaja ? NO ! kalau korang tanya aku.. aku akan jawab NO ! tapi aku redha jika suatu hari nanti salah sorang daripada kami akan pergi dulu ... kerana hanya takdir sahaja boleh memisahkan kita .. tapi tidak akan lupakan segala memori yang telah aku kumpul ! Life must go on ! Eh, jangan la menangis ! hihi :D ajal dan maut ditangan Tuhan kan ? so kita redha sahaja .. kadang-kadang kita tak tahu yang ajal kita sebenarnya singkat. . yang tahu hanyalah Allah SWT ..kadang-kadang juga kita tidak tahu .. disebalik kegembiraan rakan kita itu sebenarnya ada keperitan yang ditanggung oleh nya . . jadi sementara kita masih hidup ini ..mari lah kita kumpul memori bersama ! hehe :D aku rasa bersyukur sangat dikurniakan kawan yang sehebat mereka ! keran kawan yang sebegini susah dicari .. bukannya ada di Pasar Raya ! bak kata pepatah Kawan biar beribu Musuh jangan sekali ! *kena-mengena ke ? ah ! lantak lah * haha :D  Jadi hargailah kawan anda ! jangan persiakan pengorbanan mereka terhadap anda !

Saturday, March 10, 2012

Again ?



Salam Satu malaysia ! Assalamualaikum ! XD (for muslim ) bila start cuti ni rasa macam lagi bosan ! kerja sekolah? nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak gila ! tapi baguslah .. happy jugak aku rasa ! rasa nak beristirehat tu kira adalah . . hahahhahah XD hari ni  just aku & aiman je dekat rumah .. yang lain ? akmal tuisyen ..  parents aku pegi hospital .. sebab nenek aku sakit . .uhuk.. uhuk .. tak dapat ziarah lagi ..heeeee XD aku rasa hidup aku ni penuh dengan pelbagai perasaan .. sometimes happy . .sometimes not .. macam korang la jugak .. hehehehheh  XD haih ~ nak pergi rumah kawan or rumah pak cik aku ? masalahnya nanti konferm bosan ! totally bosan ! heheeh XD lagipun bukan selalu boleh makan bakso ! alang-alang mak dia sudah masak so marilah sama- sama kita pergi merasa untuk kali kedua ! haha XD aku berbangga dapat kawan yang macam ni ! tak payahlah susah aku nak pergi Indonesia cari bakso .. dekat malaysia pun dah ada !sedap pulak tu ! lagipun kami dah lama tak lepak  bersama so . .alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan ! alang-alang mak dia buat bakso ,marilah kita  jumpa dia sekali .. hihi XD cant wait !!! hehe XD jangan jelous ! weeee XD

Post ?



Salam satu Malaysia ! Assalamulaikum :D (for muslim) dah lama aku tak update blog kan ? korang tahu tak sebab apa ? EXAM la.. =,=  rasa macam nak gila aku bila minggu exam datang ...ye la kalau dulu ta study pun boleh score ! sekarang kalau tak study .. FAIL la jawabnya ..hehehhehheheh ... but now .....




 Exam dah habis so party la jawabnya ! hahahaha ..sekolah aku .. lepas exam terus cuti ! best gila ! so tak la  fikir pasal exam dah. . just fikir pasal result je.. heeeeeeee XD siapa yang dah plan holiday ni dia nak jalan-jalan ? mesti otak korang fikir pasal nak keluar je kan? ye la .. holidays dikatakan.. holidays seminggu tu amat bermakna ! sebab masa itu lah korang nak rehat sepua-puas nya .. hehhehehheheh XD

Friday, March 9, 2012

KPT ?



Salam satu Malaysia ! Assalamualaikum ! (for muslims ) korang tahu tak pasal Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 ... nampak tak dekat gambar tu ? tarikh nya bermula dari 31 Mac 2012 - 1 April 2012.. bak kata cikgu aku .. kalau korang fikir pasal masa depan pergilah .. sebab ia sangat memebantu ... terutama student lepasan SPM  and Student yang duduk di Kuala Lumpur . .. mereka adakan di PWTC(Putra World Trade Centre ) .. marilah kita serbu PWTC ! hehehe. .. JOM LA ! RUGI SIAPA YANG TAK PERGI !

Sunday, March 4, 2012

Bakso .. .

baru nak letak..dah lama gila gambar ni.. =,=

Salam satu malaysia ! Assalamualaikum (for muslims ) korang penah makn bakso ? hehheheeh ..masa ni la kali pertama dan terakhir aku makan bakso..huhuhuhuh...syukur,sebab ada yang ibu dia pandai masak bakso..kalau tak..kebulur la aku jawabnya ! ni semua gelagat kawan-kawan aku yang sedang makan bakso..ye la.. first-time dikatakan.. hahahhahhahah semua happy je.. finally dapat jugak rasa bakso ! setelah lama kitaorang mintak kat mak dia tu ! hahahahhaha ..serius sedap ! rugi tu siapa yang tak dapat rasa ! ni yang aku rasa macam berlagak je..hahahhahahha ..keji gila sikap aku ! ehhehehheh sebagai muslimah yang baik..tak boleh ada sikap riak,sombong, bongkak dan seerti denganya ..ehhehehhehhe..mari lah kita lihat gambar ini ..hiihihhihihi..

Saturday, March 3, 2012

Another ?



Salam satu malaysia !Asslamualaikum (for muslims) aku baru dapat sepupu ! hihihihihi XD  comel gila ! perempuan pulak tu ! weeeeeeeeee XD Ishhhhh ! kalau letak pasal budak-budak mesti speechless !

Nokia

Nokia N8 ..XD

Salam satu malaysia ! Asslamualaikum ! (for muslims ) Pernah ingat phone ini ?  Ni la Nokia N8 ! ala.. aku rasa phone ini tak la lama sangat ! tapi bagi aku phone ni okay ! sebab camera 2.0 megapixel ! and good quality ! Nokia is always the best la ! jatuh banyak mana pun tetap Okay ! Nokia ni biasanya tahan lasak ..so sesiapa yang rasa nak beli phone baru tu ..aku sarankan korang beli Nokia ! kalau nak yang latest Lumia la ! tu pun best jugak ... hhihihihihihiihi.. kalau korang tanya aku ..phone apa yang paling best.. aku akan jawab Nokia ! sebab Nokia ni tak macam phone lain  jath je berkecai terus ! Nokia ni jatuh la banyak mana pun ..it still okay ! hahhahaahha.. so aku sarankan korang beli la jenama Nokia ! jangan ambil Samsung ! cepat rosak tu...ihihihihhi..kalau korang ni jenis lasak ..better ambil Nokia la..kalau jenis sopan ..ambil la samsung..sebab Samsung ni ..dia kadang-kadang tak boleh detect fingerprint korang..so yang kasar ni akan bertindak ganas..so better korang ambil Nokia ! THE BEST TU !

Ni Nokia Lumia 800 .. XD

Lets Flyyyyyyyyyyyyy !



Salam satu malaysia ! Assalamualaikum ! (for muslims) kenal tak apa ni ? ni la salahsatu pelengkap di uniform Pilot ... *pilot ? kau nak jadi pilot ke ? * yes ! I wanna be a pilot when I grow up ! tapi orang kata risiko tinggi tu ! wuh ! kerja apa yang kira Ok untuk perempuan ? suri rumah ?  haih ~ Aku tengok jadi pilot macam best ! *kau belajar biology kan ? tapi bercita-cita hendak menjadi pilot pulak ! jadi la doctor ke .. saintis ke.. baru la kena dengan pelajaran kau ! * tapi......aku minat untuk menjadi pilot..lagipun belajar biology tu untuk penghabisan sekolah je..masuk Universiti ..abil la bidang yang kita minat ! lagi pun best apa ! siapa yang tak minat terbang ? semua minat ! lagi-lagi kalau dapat kerja dengan MAS Airlineslines lagi seronok ! Entah la.. sejak bila pulak aku minat untuk jadi pilot ? padahal sebelum ni aku tak minat sangat ..tapi sejak kebelakangan ni aku macam minat pulak ! hiiiihhiihihhih.. WISH ME LUCK ! XD

Ini la tempat para pilot control plane ! XD

Happy je jadi pilot ! XD

# MERENTAS DESA #



Salam satu Malaysia ! Assalamualaikum :D (for muslims ) penat gila tadi ! serius penat ! sebenarnya aku tidak bercita-cita untuk berlari..tapi tak sangaka keadaan mengizin untuk aku berlari ..hihihih.. penat giler arh ! ni semua muka-muka lepas merentas desa ..hahhahhaha.. tak penat tapi happy ( ye ke ? ) semua dah berpeluh -peluh ..hari yang amat menyihatkan ! ahhahahhahahhah... tapi memang sakit hati la kan ..sebab dah lari..lepas tu masuk pulak dewan .. korang bayangkan bau apa yang akan korang bau ? mesti la busuk kan ? sebab dah lari then pergi pulak masuk dewan ! tapi syukur sebab aku duduk belakang so tak la berhimpit-himpit sangat..ihiihihihhihiihihih ..kalau tak memang harum semerbak la ! dalam dewan t pulak memang tak concetrate langsung apa yang dibicarakan oleh guru-guru dihadapan.. ye la.. tangkap gambar ..gelak-gelak...semua macam release tensyen je..hahahhahhaha...


Dalam kenangan..

Friday, March 2, 2012

Nokia 880 Pureview



Salam Satu Malaysia ! assalamualaikum! (for muslim ) wowww ! Nokia 880 Pureviw akan keluar ! camera dia 4.1 MegaPixel tu ! terbaik ! kalau aku dapat ini  ! memang  puas hati la ! tapi launch dekat Malaysia around bulan 8 or 9 la.. :( tapi tak apa aku nak jugak ! macam mana caranya ? hahahahah .. adalah .. setiap orang pasti  ada statergi untuk berjaya kan ? So aku pun ada juga strategi aku ..hihihi .. whatever it is .. aku nak jugak !  aku tak kisah  ! walaupun aku tahu aku harus tempuhi pelbagai dugaan .. aku akan berusaha untuk mendapat kannya ! hahahha !
WISH ME LUCK FRIENDS !

  *Ini merupakan contoh gambar yang diambil menggunakan Nokia 880 pureview*


New Year !



Salam Satu Malaysia  & assalamualaikum ! (for muslim) mesti korang ingat aku nak ucapkan Happy New Year kan ? aku dah uacap dah ! tak percaya carilah dekat  *DO YOU HAVE ANY STORIES* aku... hihihi ..check yang January..nanti korang akan jumpa..hihihi :D aku letak gambar ini sebenarnya nak tunjuk yang gambar ni cantik ! :D  & smart ! aku rasa ini memang originally orang tu tangkap ! bukan edit ! Really nice la.. bila la aku berkemampuan untuk capture gambar yang macam ini ? haih ~

F u N




Salam Satu Malaysia ! Assalamualakum ! ( for muslim ) Ini kenangan Form 2 ..masa pergi Titiwangsa sebab ada pertandingan Permainan 1 Malaysia..hihihi.. ni sebelum bermulanya permainan tersebut ! kalau korang tanya seronok ke ? Of course YES ! hihihi  ..seronok gila ! hahahha :D macam budak-budak pun ada ! padahal umur dah 14 tahun masa itu ..hihihi..ni semua lepas kan stress ! sebab homework bertimbun je... =,= so sekarang ini semua dah berpecah ada yang masuk ambil kelas ICT ..ada yang masuk asrama.. ye la... setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan ? haih ~