Saturday, December 8, 2012

Review : Zombijaya



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia ! Selamat Datang ke ZOMBIJAYA !  Mesti rasa pelikkan ? hee  :'D Actually , Zombijaya merupakan nama tempat ..



Yang membuatkan aku tertarik untuk baca apabila kawan aku berkata " Zombijaya ini memang lawak ! Zombi  mula muncul pada nama tempat yang nama belakangnya ada perkataan ' JAYA ' Contohnya , Subang Jaya , Petaling Jaya , Putrajaya dan lain - lain " Pada mulanya aku pelik juga ..

Dan ..

Persoalan ini muncul dalam pemikiran aku .. " Mengapakah zombi bermula dari tempat yang sebegitu ? dan siapakah HERO or HEROIN ? Adakah zombi itu semua akan mati di tangan HERO dan HEROIN ? "

Dan ..

Apabila aku membaca pre - sinopsis lagilah membuatkan aku excited dan rasa terbuka hati untuk menerima jemputannya

" Apakah akan terjadi jika tamadun manusia yang kita kenal hancur, dan rakyat Malaysia tiba-tiba dikelilingi mayat hidup? Selamat datang ke ZOMBIJAYA. "

Untuk membuatkan otak aku berserabut dengan pelbagai soalan .. aku ambil keputusan untuk membelinya ..

aku mampu tersenyum apabila dapat membeli buku ini ..

Happy + Excited 

Setelah aku membeli buku tersebut aku terus membacanya sambil menunggu Mak Cik aku  .. Betapa excitednya aku pada masa itu .. haha  :"D

Opsss lupa untuk memberitahu ZOMBIJAYA akan difilemkan .. Dan dibintangi oleh Zizan Raja Lawak .. * buat masa ini aku cuma tahu dia sahaja yang berlakon dalam cerita itu *

Sepanjang aku membaca buku ini ada ayat yang membuatkan aku tersenyum ..

 senyuman itu tiba - tiba sahaja terukir ketika aku melihat ayat itu ..

" Aku lihat banyak zombi yang beralainan jantina , bangsa , dan agama .. Persoalan aku adakah tercapai matlamat 1 Malaysia apabila mereka semua sudah menjadi zombi ? "
SINOPSIS ZOMBIJAYA

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.

Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.

Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.

SELAMAT MEMBELI DAN MEMBACA




No comments:

Post a Comment

Leave your comment after read my story ...
Jasa mu amat dihargai...
trimas !