Monday, December 10, 2012

Review : Dari Tanjung Malim ke KLCC



Assalamualaikum & salam satu Malaysia ! Pernahkah mendengar nama buku ini ? Mungkin aku agak ketinggalan mengenai buku ini .. Just now , niat aku dan kawan-kawan aku ke Wangsa Walk Mall dengan tujuan ingin ke  menonton Lagenda Budak Setan 2 .. Aku dapat FREE TICKET TU !  Sebelum itu jangan berharap aku akan menulis review mengenai cerita ini .. Sebab  aku hanya sempat duduk selama 10 minit .. selepas itu aku keluar ... Ya aku faham mungkin ada riak muka kamu begini ..

why ? why ? why ?

Tidak mengapa kita lupakan cerita itu ..

Back to our story ~

Then , aku pergi ke AEON Wangsa Maju .. Tempat yang kami selalu lepak adalah Popular .. hehe :"D Sebaik sahaja aku sampai di sana .. Tiba - tiba ada satu tajuk buku ini membuatkan aku tertarik untuk membacanya .. Tajuknya ialah " Dari Tanjung Malim ke KLCC "



Aku hairan ..

Bila aku baca ayat ini :-
" Aku dah menghabiskan 227 hari semata-mata duduk di dalam bas. Kalaulah ianya perjalanan tanpa henti, maka sudah pasti aku sampai ke bulan. Tapi malangnya aku tak dapat ke bulan, yang aku dapat cuma sebuah buku sebagai kenangan "

Otak aku mula menjalankan tugas mereka dengan berfikir :-

" Mengapa wujud cerita yang sebegini ? " " Mengapa dia ambil masa yang lama untuk sampai ke KLCC " " Mengapa sampai 227 hari ?" " Apakah yang terjadi sebenarnya ? " " Buku apakah yang dia dapat ? "

Banyak betul soalan yang bermain dalam pemikiran aku !  = ='

Mulanya , aku ingat ingin membeli buku ini ... tetapi malangnya duit aku tidak cukup :"(


Jadi , aku akan cuba untuk mencuri masa dengan niat ingin membeli buku " Dari Tanjung Malim ke KLCC " 

SINOPSIS DARI TANJUNG MALIM KE KUALA LUMPUR


 ” Dalam masa 7 tahun menempuh perjalanan dari Tanjung Malim ke KLCC, aku dah menghabiskan 227 hari semata-mata duduk di dalam bas. Kalaulah ianya perjalanan tanpa henti, maka sudah pasti aku sampai ke bulan. Tapi malangnya aku tak dapat ke bulan, yang aku dapat cuma sebuah buku sebagai kenangan, ”


Sinopsisnya memang pendek .. Tetapi mampu membuatkan orang tertarik untuk beli .. Antaranya orang yang seperti aku .. haha :"D
 
Semoga Selamat Membaca Dan Membeli

No comments:

Post a Comment

Leave your comment after read my story ...
Jasa mu amat dihargai...
trimas !