Friday, December 20, 2013

1001 ways to learn

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaai ! aku rasa sudah sekian lama aku tak berceloteh di laman ini ~ whooooooaaaaaa ! rasa macam para sastera pulok ! hahahaha :D

Kehidupan. Aku rasa macam fairytale kalau orang kata kehidupannya tiada sebarang kesulitan dan permasalahan. Tapi itu yang sering kita impikan walaupun kita sendiri tahu yang benda tu IMPOSSIBLE tu !


Sebenarnya kesulitan yang berlaku dalam kehidupan kita akan diselangi dengan sedikit kegembiraan . Hari tu aku bercuti bersama keluarga di Langkawi. We have such a great day ! Lagi yang membuat aku rasa gembira apabila aku dapat menyaksikan beberapa keluarga yang terpapar senyuman yang amat manis dan ikhlas dari hati mereka. Tatkala itu aku terfikir adakah senyuman ini akan mampu berkekalan hingga ke hujung nyawa mereka ? aku ? Walaupun ia seketika ia mampu membuat aku tersedar bahawa hari yang bermakna buat aku dan keluarga hanya seketika. Begitu juga adik-adik yang aku lihat dengan mata aku sendiri. Ada yang gembira, sedih , excited dan bermacam lagi. 1001 reaksi yang aku jumpa.


Tapi yang buat aku tertarik pabila aku ternampak seorang budak kecil yang memberi sedikit minumannya dan juga tempat duduknya kepada seorang wanita tua dimana umurnya kira-kira 70-an. Dan aku pasti budak kecil yang umurnya 7 atau 8 tahun itu bukan sebahagian daripada keluarga warga tua itu. Sungguh aku terkejut dan tak sangka ! kerna aku masih lagi jumpa orang yang sebegitu. Budak kecil itu membuatkan sebuah senyuman terukir dimukaku dengan secara tiba-tiba.

Persoalan ini sering bermain dalam mindaku.Bilakah aku akan menjadi seperti anak kecil itu ?

No comments:

Post a Comment

Leave your comment after read my story ...
Jasa mu amat dihargai...
trimas !