Wednesday, December 25, 2013

Warkah permulaan


Assalmualaikum dan salam sejahtera !

First of all , tu memeng warkah aku. hoho Jadi aku tak dikira mencuri hakcipta orang lain lah kan ? hahaha okay marilah kita kejalan yang benar hahaha

Ya ! memang aku nak rasa semua ini  ! Bukan sebab aku DIPAKSA atau DICABAR tapi sememangnya aku cemburu melihat ikatan ukhuwah yang terjalin dikala kita berjauhan dengan ibubapa kita . Saat itu kawan merupakan sebahagian daripada keluarga kita. Merekalah tempat kita berkongsi saat suka dan duka. kerana itulah " ONE LOYAL FRIEND WORTH 10THOUSAND RELATIVES " Inilah kata-kata yang aku pegang.

Bukanlah aku tak bersyukur dengan semangat ukhuwah yang aku perjuangkan sekarang. Alhamdulillah . Aku bersyukur kerana merekalah aku belajar bagaimana aku nak hidup di luar sana  . bagaimana belajar berkumpulan , apa itu kerjasama dan banyak lagi .

Aku juga bersyukur dengan hiudup aku sekarang ini tapi aku cuma ingin sedikit ruang untuk aku belajar menjadi lebih berdikari. Kadang-kadang kita akan mengerti kehidupan sebenar apabila kita terokai dengan keikhlasan dan sendirian tanpa sebarang bantuan keluarga.Bukanlah nak jadi SELFISH but please aku nak jugak rasa apa itu "HOMESICK" yang korang bising-bising tu !

Seperti yang dalam warkah tu , aku bukan budak mrsm mahupun SBP. Senang cerita , aku bukan penghuni ASRAMA. Dan aku TAK PERNAH lalui hidup asrama.Kerana itulah aku ingin terokai. Biarlah perit mana aku akan cuba untuk laluinya.

TERIMA KASIH KEPADA YANG MENGENALI AKU ! Aku tak pernah lupakan korang . hahahaha :D
Don't worry kita semua sebahagian daripada keluarga





#P/S : gambar Friends aku terlau banyak nak dikongsikan dan mostly aku tabur semua kat korang kott jangan la tamak hahahahaha :D

Friday, December 20, 2013

1001 ways to learn

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaai ! aku rasa sudah sekian lama aku tak berceloteh di laman ini ~ whooooooaaaaaa ! rasa macam para sastera pulok ! hahahaha :D

Kehidupan. Aku rasa macam fairytale kalau orang kata kehidupannya tiada sebarang kesulitan dan permasalahan. Tapi itu yang sering kita impikan walaupun kita sendiri tahu yang benda tu IMPOSSIBLE tu !


Sebenarnya kesulitan yang berlaku dalam kehidupan kita akan diselangi dengan sedikit kegembiraan . Hari tu aku bercuti bersama keluarga di Langkawi. We have such a great day ! Lagi yang membuat aku rasa gembira apabila aku dapat menyaksikan beberapa keluarga yang terpapar senyuman yang amat manis dan ikhlas dari hati mereka. Tatkala itu aku terfikir adakah senyuman ini akan mampu berkekalan hingga ke hujung nyawa mereka ? aku ? Walaupun ia seketika ia mampu membuat aku tersedar bahawa hari yang bermakna buat aku dan keluarga hanya seketika. Begitu juga adik-adik yang aku lihat dengan mata aku sendiri. Ada yang gembira, sedih , excited dan bermacam lagi. 1001 reaksi yang aku jumpa.


Tapi yang buat aku tertarik pabila aku ternampak seorang budak kecil yang memberi sedikit minumannya dan juga tempat duduknya kepada seorang wanita tua dimana umurnya kira-kira 70-an. Dan aku pasti budak kecil yang umurnya 7 atau 8 tahun itu bukan sebahagian daripada keluarga warga tua itu. Sungguh aku terkejut dan tak sangka ! kerna aku masih lagi jumpa orang yang sebegitu. Budak kecil itu membuatkan sebuah senyuman terukir dimukaku dengan secara tiba-tiba.

Persoalan ini sering bermain dalam mindaku.Bilakah aku akan menjadi seperti anak kecil itu ?

Sunday, December 8, 2013

#FOYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Cuti 3 bulan yang kerajaan berikan kepada budak SPM buat aku jadi tidak produktif --' Yang aku tahu baca buku , makan , dan tidur . Deyyyy rutin itu aku buatlah . hahaha :D Sebenarnya , semenjak aku mula berjinak-jinak dengan buku-buku indie dan budak-budak indie aku mula ada satu hobi yang baru. Iaitu mengarang puisi . Puisi aku teruk sangat ! Maklumlah baru belajar hahaha :D Aku mengarang mengikut hati dan perasaan . Hakikatnya , subjek yang paling aku benci BAHASA pulak tu ! Entah macam mana aku jadi minat tiba-tiba mengarang puisi pun aku tak tahu . Tapi apa yang buat aku rasa gembira pabila segalanya dapat dilepaskan . Ia buat aku rasa GEMBIRA , PUAS , dan LEGA ! Maaflah kepada yang masih tak mengenali aku , sebab aku tak dapat berkongsi semua puisi itu di sini . Tapi korang boleh cari aku di twitter hahahahaha :D Kalau korang jumpa account aku la hahahha :D tapi yang lagi banyak koleksi di wordpress . Nantilah kalau aku ada kemampuan aku try bukukan koleksi puisi aku hahahahaha :D Tapi KALAU la ya hahaha :D Entah bila pun aku tak tahu. Padahal puisi aku bukanlah gred bagus sangat --' Asal ada bunyi dan aku dapat luahkan segala yang terbuku di hati aku ini ;)


Wednesday, December 4, 2013

Photography

Assalamulaikum dan salam sejahtera ..






Sebenarnya aku dah lama tak usik Photoshop , maklumlah SPM .. Kalau aku usik tak belajar la aku gamaknya ! hahahaha  Tapi kalau dah start usik photoshop ini , aku rasa tak boleh berhenti ~



WELCOME TO MY WORLD !

Sepanjang cuti aku bermula ini , aku melihat pelbagai telatah manusia. Lagi-lagi di kawasan Kuala Lumpur. Seronok ! itulah reaksi aku tatkala dapat melihat keindahan alam di Kuala Lumpur.Tapi apa yang buat aku tertarik pabila aku melihat gelagat orang gila yang berjalan seorangan seperti orang yang tiada hala tuju dan sentiasa bereaksi gembira dan begitu mudah untuk melemparkan senyuman. Tatkala itu aku terfikir kenapa aku tak mampu untuk melemparkan senyuman seperti dia ? sedangkan dia begitu mudah untuk melemparkan senyuman.Mungkin ada yang mengatakan keran dia gila tapi sedarkah kita senyuman itu merupakan satu perbuatan yang mulia ? Banyak lagiaku nampak pelbagai ragam , betul lah kata lain orang lain ragamnya.


Saturday, November 30, 2013

Crush


Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
aku tahu zaman persekolahan mesti ada yang simpan perasaan pada seseorang yang korang suka kan ? apa orang panggil ? C.R.U.S.H. Nampak macam fairytale tetapi itulah hakikatnya . Setiap orang ada crush mereka tersendiri cuma yang membezaka adalah minat dan pilihan kita tersendiri . Dulu , aku adalah orang yang paling tak suka bila orang kata dia ada crush sebab bagiku sia-sia bila kau cuma melihat dan simpan perasaan itu sendiri . Cubalah bernikan diri ! Tapi kini aku telah rasainya , in fact , aku cuma mapu lakukan seperti mana yang korang mampu lakukan . Dan apa yang mampu aku lakukan adalah dengan menaip satu puisi buat dirinya .

Hadirmu,
ibarat dugaaan bagiku,
hatiku cemburu,
melihat kemesraanmu,
inginku melarangmu,
tapi siapalah aku,
sekadar memerhatikanmu ..
Sakit,
biar aku rasai,
duka biar aku tangisi,
pergi,
hilang kau dari hati,
biar pahit dirasai,
agar kau segera pergi ..
Minda,
namamu terpapar,
buatkan aku gusar,
mulutku sentiasa menyebut,
tolonglah PERGI !
kerna kau mindaku serabut ..

#P/S : Puisi ini tidak ada kena-mengena dengan hidupku tapi ia berdasarkan pengalaman disekelilingku :DDD

Friday, November 29, 2013

Memoir

Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 27/11/2013 merupkan tarikh keramat bagi kami yang menjadi budak pure science selama 2 tahun .. dan itu merupakan hari terkahir kami berada di sekolah .. Dan hari terakhir kami memakai baju sekolah .. Walaupun kami benci memakainya , tapi saat dipaksa untuk menyarungkan sehelai baju sama ada kelabu , kuning mahupun putih pada badan kami akan dikenang sehingga nyawa kami masih lagi ada ..


















EVERYONE HAVE A DREAM ~

JUST RUN AND CATCH IT ..

SPM Life



Assalamualaikum dan salam sejahtera ! rasanya sudah berkurun aku tidak update blog ini .. *Fulamaaaaaakkkk bertatabahasa aku kali ni* hahahhahahhaha :DD



Actually aku sudah menamatkan pengajian aku sebagai seorang pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah aku .. Mungkin aku akan sambung pengajian aku ke University .. Rasa macam tak percaya dan tak layak sebab aku bukannya matang mana pun hehehehehe :DD




Zaman SPM dan PMR aku sudah berlalu .. Kini , aku perlu bersedia untuk menghadapi rintangan yang lebih besar .. Pengalaman sebagai seorang pelajar sekolah merupakan satu pengalaman yang amat bermakna .. Dimana , masa itulah aku akan mengeluh kerana aku harus memakai uniform sekolah , patuhi peraturan sekolah , belajar dalam kelas dan banyak lagi .. Aku semua itu membosankan tapi itulah yang dipanggil MEMORI SEKOLAH .. In fact , aku rindu saat itu .. Aku rindu saat aku berkomplot dengan budak kelas aku untuk tidak mengaku yang tiada kerja sekolah yang harus disiapkan , saat tidak mahu memakai uniform sekolah , saat denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah , saat buat bising di makmal dan segala-galanya ..


Walaupun kelas aku hanya 20 orang dimana , 4 orang lelaki dan 16 orang perempuan , tak bermakna segalanya boleh diselesaikan dengan mudah kerana setiap orang ada pilihan tersendiri .. Hakikatnya , segala keputusan yang dilakukan memeberi impak yang bermakna buat kami ..


Persoalan yang mungkin ditanya :-
" Apakah plan selepas SPM ? "

Jawapan yang biasanya dijawab :-
" kerja "
" ambil lesen "
" tak tahu "
 hahahhahhahhahahahahahha :DD Masa sebelum SPM , kebebasan yang dipinta tetapi apabila tiba masanya hariku ibarat kosong .. Mungkin , ini hanyalah permulaan ..


As Ex- Secondary student , PERJUANGAN KAMI TELAH TAMAT !! MOGA IA MEMBERI HASIL YANG MENGGEMBIRAKAN