Thursday, June 25, 2015

Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

weh

weh

weh

LAMA GILA AKU TAK UPDATE ! WARGHHHHHHHHHHHHH 

Hari ni aku nak beritahu yang aku dah dekat 2 bulan menganggur. Menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran. Kali ini aku akan terus sambung ke peringkat Degree. WOW ! Terasa pulak diri ini terlebih tua. harharhar TAHUN DEPAN ANGKA 2 DIHADAPAN. Sesungguhnya manusia akan tua kerana masa tetap berjalan. huhuhuhu Kalau tanya pengalaman selama aku senyap dan tidak update sebarang cerita disini hurrmmmm RASANYA TERSANGATLAH BANYAK!

* over excited ! *

Well biasalah bila kita berada ditempat baru , kita ada kawan baru , suasana baru dan kesemuannya baru. Sampai sempat buat Production sendiri hahahhahaha Nak tahu nama ? hohohohoho ONESHOT PRODUCTION Siap always lagi masuk competition harharhar Nak jadikan cerita satu bilik aku dulu hanya 4 orang tapi disebabkan perangai terlebih peramah. Bilik sebelah dengan bilik aku kira kamceng gila. Sampai kalau nak makan mesti kumpul bilik aku . So dalam satu bilik muat sampai 10 orang. hahahh Riuh dia tak payah tanya. Sebab satu wing boleh dengar. Harharhar Itu baru cerita bilik.


Kalau kelas pula, aku kira modul 2 dalam erti lain modul kejuteraan. Modul yang tak perlu belajar Biology. Kelas aku kalau ikutkan paling sikit hanya 15 orang. Dan perempuan paling balance ada 6 orang. hahaha Biasalah kami datang dari pelbagai latar belakang dan mempuanyai 1001 kerenah. Pada awal semester 1 untuk lelaki dan perempuan bekerjasama dalam  satu kumpulan TERAMATLAH SUSAH ! Tapi apabila tiba semester 2 kami ibarat sebuah keluarga. Walau sepahit mana yang kami alami kami tetap satu kelas, Dan kami cuba perbetulkan keadaan. Kisah 6 orang perempuan dalam kelas tersebut pula, semestinya tiada rahsia antara kami. Walau bagaimana pun kalau  nak ushaa mana-mana laki pun sama-sama. Harharhar Gosip kolej hari-hari aku update huhuhuhu Terlampau banyak kenangan. Kalau aku list specific CONFIRM jadi satu buku ! Harharhar

Sebelum aku terlupa. Sebenarnya aku ada schoolmate yang belajar sekali di kolej aku.Cuma modul yang berbeza. Mereka ambil modul hayat. Hanya aku yang ambil modul kejuteraan. Dan kelas semua berbeza tapi tak semestinya tak sempat untuk berjumpa. Kami masih seperti dulu, Rapat seperti dulu. Huhuhuhu 

Pada aku,

Jika dia merupakan seorang sahabat aku. Jangan bimbang kerna aku tidak pernah akan melupakan dia kerana dia juga pernah menolong aku.


Well ini sedikit sebanyak kenangan semasa setahun di kolej



























Wednesday, January 1, 2014

Kids


Dia pernah jadi kid jugak dulu. Hehehehehe Sorry letak mukamu. MAAF ! Tak pe jadi famous sekali sekala , tak salah hehehehehe 
* gambar tu medium kot ! tak buat large pun * hehehehe ^^v

Assalamualaikum & salam sejahtera !

First of all , maaf kalau ada gambar yang aku letak lebih

Tapi

MY POINT IS

Seronok jadi budak-budak ! Tahu kenapa ? Sebab tak perlu fikir masa depan hahhaha Kalau dulu semua cita-cita nak hebat sahaja ! Doktor la , Pilot la , Cikgu la dan macam lagi ! Siap ada yang fikir siapa jadi doktor dia hebat. hahahahahaha Senang betul kita lontarkan cita-cita kita pada orang. Siap yakin dia mampu hehehehehe

*weeeeeeyhhh benda ni berdasarkan pengalaman sekelilling bukan cerita aku sorang*


Tapi

Kini , nak sebut bukan main susah ! Banyak sangat faktor yang difikirkan. Terlalu banyak ! tapi sekarang ni bukan ini yang aku nak luahkan ! hahahaha

Back to our topic

Jadi budak la best ! Senang nak dengar orang puji kita. Hahahahahaha masa tu la kita nak rasa macam mana orang cubit kita sepenuh perasaan. Bukan sebab JEALOUS tapi GERAM hahahahahaha Masa tu la juga nak rasa macam mana pipi jadi merah hehehe

Terlalu banyak benda yang boleh terokai. Bila jadi budak , Dunia ini ibarat kita punya ! Tiada siapa boleh halang ! Siapa halang aku nangis. hahahahahhaha Masa itulah neuron otak mula berkembang sebab pabila mereka terokai sesuatu , mereka seperti belajar benda baru dan menggunakan akal fikiran.

Baru sikit info aku kongsi , jangan nak label Doktor Alia pulak hahahahahaha * kuat sangat perasan*

So

HAVE FUN BEING A KID GUYS !










Harapan seorang aunt : Semoga korang membesar dengan elok ! Dan kekal hensem , cute , macho , cantik dan banyak lagi. Puji korang boleh jadi 10 pages hahahaha and semoga sentiasa ceria dan selalu buat aku tersenyum bila tengok telatah korang !



Sunday, December 29, 2013

Ikatan Terjalin


Jemput makan sambil scrolling baca blog aku v^^v


Assalamualaikum and salam sejahtera !


Rasanya status ni dah boleh jalan. haih yang aku dok update tu. Haih +___+

Tak mengapa , mari kita pergi tajuk yang sebenarnya.

Selalu bila dah umur cecah 20-an , bertubi-tubilah soalan yang bakal keluar . Macam jawab soalan personality test pun ada jugak -,-

Mal cik / Pak cik : hah kamu , dah 27 tahun. Bila nak kahwin ?
Penjawab : Nantilah bila dah sampai seru.

Banyak lagi conversation tapi aku pendekkan

Sebab ...


Impian mak cik dan pak cik sekalian sudah tercapai !


Ikatan telah disatukan dan secara official mereka telah pun bertunang.

Whoooooaaaaaa ! terharu kot !



Weeeeeeeeyyyyhhhh hahahahaha "next event" tu bukannya untuk aku tapi kepada generasi aku selepas ini hahahahahahaha :D Kalau nak rasa nasi minyak aku , nantilah bila dah sampai seru hahahahaha :D

Dan

Betapa gigihnya kami sebelah laki ke sana  walaupun ..




Seriously , ngeri ! Kalau aku yang drive hmmmm surrender sekejap rasanya. Hahahahhaha

Lupa pula ,

Nama kampung tu


Ya , ada yang tinggal disana ? atau kampung disana ? hohohohoho Kalau ada selamat berkenalan ! hihihihihi Dan kampung korang aku salute ! Extreme habis ! hihihiihihi Secara jujurnya , aku bukan memerli. hehehehe ^^v

And whatever it is


Eh sorry aku kutuk. Hihiihihi tapi apa pun Congrats !
 muda kan ?
YA ! gambar ni memang tak da sebelum ni. Janganlah marah. Aku busy sikit. hehehehehe :D



Ingat senang ke nak ambil gambar Kak Farah ? hihhiihi Selamba badak aku panggil "Kak Farah" hehehe

Dia pemalu kott hehehee

MAAF LA YANG LELAKI AKU TAK SEMPAT NAK BERGAMBAR. hihihihihihi ^^v


Wahai Kak Farah ,

WELCOME TO OUR FAMILY ! 


Wait wait wait

aku terjumpa satu gambar hehehehe

Dia yang pakai baju biru tu .. Maaf dia memang pemalu
Korang imagine la sendiri
hahahahahahaha

ANYWAY ,

CONGRATULATION ABANG EZU AND KAK FARAHIN :D

Wednesday, December 25, 2013

Pesan Senior


Assalamualaikum dan salam Sejahtera !

Benda ini semua rasa --' In fact budak sekolah biasa pun rasa jugak kot ! hahaha bukan aku nak racist. Setiap orang stress tapi terpulang pada tuan badan yang kawal stress dia hehehe

Aku pernah rasainya. Lagi-lagi bila kau duduk kelas depan maka expectation orang terhadap markah tinggi melambung. Haih ==' Maaf lah masa tu aku tak paham THE BEST GRADE tapi bila aku naik upper form baru aku sedar yang EXPECTATION tu penting ! Sebab benda tu la yang bakar semangat kau. Infact aku jeles bila ..


Inilah yang cikgu pernah bebel dalam kelas aku

Sejak dari tu segala benda yang aku diamanahkan aku terima ! walaupun  banyak jugak aku merungut. Kata-kata seorang guru ini  jugalah yang buat  aku tercabar dan aku rasa nak jadi macam mereka. Aku ingin juga hadiahkan something yang bermakna. Alhamdulillah. Hanya itu yang aku mampu ungkapkan. hehehe :D

Sebab aku punya kawan-kawan yang kuat jugalah, kitaorang mampu berjuang walaupun terlalu banyak expactation dan amanah yang kami bawa. Mungkin nampak macam terbeban tapi bagi aku selepas perjuangan berakhir kau akan kenang semula perjuangan kau,. Kerna sepanjang perjuangan kau pelbagai benda yang terjadi dan scenes yang  tercipta.

Kadang kala bila kita dapat expaectation , rungutan itu perkara biasa.Maka, ramailah yang akan mogok untuk memeberontak. hahahahaha :D nampak macam luar biasa tapi selagi kita digelar student , semua rules kalau boleh nak langgar. hihihihihih :D Tapi ketahuilah segala yang berlaku ada sebabnya. Dan kini aku mula sedar mengapa expectation diberikan dan stress mula tercipta.

Dan percayalah ,dalam korang stress ada juga kegembiraan yang kau akan rasainya kerana kau bukan seorang !


Warkah permulaan


Assalmualaikum dan salam sejahtera !

First of all , tu memeng warkah aku. hoho Jadi aku tak dikira mencuri hakcipta orang lain lah kan ? hahaha okay marilah kita kejalan yang benar hahaha

Ya ! memang aku nak rasa semua ini  ! Bukan sebab aku DIPAKSA atau DICABAR tapi sememangnya aku cemburu melihat ikatan ukhuwah yang terjalin dikala kita berjauhan dengan ibubapa kita . Saat itu kawan merupakan sebahagian daripada keluarga kita. Merekalah tempat kita berkongsi saat suka dan duka. kerana itulah " ONE LOYAL FRIEND WORTH 10THOUSAND RELATIVES " Inilah kata-kata yang aku pegang.

Bukanlah aku tak bersyukur dengan semangat ukhuwah yang aku perjuangkan sekarang. Alhamdulillah . Aku bersyukur kerana merekalah aku belajar bagaimana aku nak hidup di luar sana  . bagaimana belajar berkumpulan , apa itu kerjasama dan banyak lagi .

Aku juga bersyukur dengan hiudup aku sekarang ini tapi aku cuma ingin sedikit ruang untuk aku belajar menjadi lebih berdikari. Kadang-kadang kita akan mengerti kehidupan sebenar apabila kita terokai dengan keikhlasan dan sendirian tanpa sebarang bantuan keluarga.Bukanlah nak jadi SELFISH but please aku nak jugak rasa apa itu "HOMESICK" yang korang bising-bising tu !

Seperti yang dalam warkah tu , aku bukan budak mrsm mahupun SBP. Senang cerita , aku bukan penghuni ASRAMA. Dan aku TAK PERNAH lalui hidup asrama.Kerana itulah aku ingin terokai. Biarlah perit mana aku akan cuba untuk laluinya.

TERIMA KASIH KEPADA YANG MENGENALI AKU ! Aku tak pernah lupakan korang . hahahaha :D
Don't worry kita semua sebahagian daripada keluarga





#P/S : gambar Friends aku terlau banyak nak dikongsikan dan mostly aku tabur semua kat korang kott jangan la tamak hahahahaha :D

Friday, December 20, 2013

1001 ways to learn

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaai ! aku rasa sudah sekian lama aku tak berceloteh di laman ini ~ whooooooaaaaaa ! rasa macam para sastera pulok ! hahahaha :D

Kehidupan. Aku rasa macam fairytale kalau orang kata kehidupannya tiada sebarang kesulitan dan permasalahan. Tapi itu yang sering kita impikan walaupun kita sendiri tahu yang benda tu IMPOSSIBLE tu !


Sebenarnya kesulitan yang berlaku dalam kehidupan kita akan diselangi dengan sedikit kegembiraan . Hari tu aku bercuti bersama keluarga di Langkawi. We have such a great day ! Lagi yang membuat aku rasa gembira apabila aku dapat menyaksikan beberapa keluarga yang terpapar senyuman yang amat manis dan ikhlas dari hati mereka. Tatkala itu aku terfikir adakah senyuman ini akan mampu berkekalan hingga ke hujung nyawa mereka ? aku ? Walaupun ia seketika ia mampu membuat aku tersedar bahawa hari yang bermakna buat aku dan keluarga hanya seketika. Begitu juga adik-adik yang aku lihat dengan mata aku sendiri. Ada yang gembira, sedih , excited dan bermacam lagi. 1001 reaksi yang aku jumpa.


Tapi yang buat aku tertarik pabila aku ternampak seorang budak kecil yang memberi sedikit minumannya dan juga tempat duduknya kepada seorang wanita tua dimana umurnya kira-kira 70-an. Dan aku pasti budak kecil yang umurnya 7 atau 8 tahun itu bukan sebahagian daripada keluarga warga tua itu. Sungguh aku terkejut dan tak sangka ! kerna aku masih lagi jumpa orang yang sebegitu. Budak kecil itu membuatkan sebuah senyuman terukir dimukaku dengan secara tiba-tiba.

Persoalan ini sering bermain dalam mindaku.Bilakah aku akan menjadi seperti anak kecil itu ?

Sunday, December 8, 2013

#FOYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Cuti 3 bulan yang kerajaan berikan kepada budak SPM buat aku jadi tidak produktif --' Yang aku tahu baca buku , makan , dan tidur . Deyyyy rutin itu aku buatlah . hahaha :D Sebenarnya , semenjak aku mula berjinak-jinak dengan buku-buku indie dan budak-budak indie aku mula ada satu hobi yang baru. Iaitu mengarang puisi . Puisi aku teruk sangat ! Maklumlah baru belajar hahaha :D Aku mengarang mengikut hati dan perasaan . Hakikatnya , subjek yang paling aku benci BAHASA pulak tu ! Entah macam mana aku jadi minat tiba-tiba mengarang puisi pun aku tak tahu . Tapi apa yang buat aku rasa gembira pabila segalanya dapat dilepaskan . Ia buat aku rasa GEMBIRA , PUAS , dan LEGA ! Maaflah kepada yang masih tak mengenali aku , sebab aku tak dapat berkongsi semua puisi itu di sini . Tapi korang boleh cari aku di twitter hahahahaha :D Kalau korang jumpa account aku la hahahha :D tapi yang lagi banyak koleksi di wordpress . Nantilah kalau aku ada kemampuan aku try bukukan koleksi puisi aku hahahahaha :D Tapi KALAU la ya hahaha :D Entah bila pun aku tak tahu. Padahal puisi aku bukanlah gred bagus sangat --' Asal ada bunyi dan aku dapat luahkan segala yang terbuku di hati aku ini ;)